PENGERTIAN TAJWID
➥ Tajwid dari sudut bahasa bermaksud memperelokkan atau memperindahkan.
➥ Dari sudut istilah pula, Tajwid bererti megeluarkan huruf dari tempatnya dengan
memberikan hak sifat-sifat yang dimilikinya.
➥ Ringkasnya, ilmu tajwid adalah ilmu tentang cara membaca Al-Quran dengan baik dan
betul.
HUKUM BACAAN NUN MATI DAN TANWIN
Apa Itu Nun Mati ?
Nun mati / nun sukun / nun sakinah adalah merujuk kepada nun yang sama iaitu nun
- yang tidak menerima baris.
- Ia berada di tengah dan akhir kalimah.
- ia kekal pada sebutan dan tulisan.
- ia kekal ketika wasal (menyambung bacaan) atau waqaf (berhenti).
Tanda nun sakinah pada al-Quran Resam Uthmani adalah
- nun yang bertanda sukun.
- nun tunggal yang tidak bertanda.
- nun bertanda dengan huruf mim kecil
Apa Itu Tanwin ?
Tanwin ialah
- baris dua sama ada baris dua di atas (fathatain), baris dua bawah (kasratain) dan baris dua di hadapan (dhommatain).
- nun mati yang wujud pada penghujung kata nama / akhir kalimah.
- nun tambahan yang ada pada bacaan tetapi tidak kelihatan pada tulisan.
- ia disebut ketika wasal (menyambung bacaan) tetapi ia tidak disebut ketika waqaf (berhenti).
Tanda tanwin pada al-Quran Resam Uthmani
- tanwin baris dua selari
- tanwin baris dua tidak selari
- tanwin bersama huruf mim kecil
Oleh yang demikian, dari hukum nun mati dan tanwin inilah apabila bertemunya 28 Huruf Hijaiyah akan membentuk 4 hukum iaitu :
1. Izhar Halqi
2. Iqlab
3. Idgham
4. Ikhfa' Haqiqi