Monday, August 26, 2019

PENGERTIAN TAJWID

 ➥ Tajwid dari sudut bahasa bermaksud memperelokkan atau memperindahkan.
 ➥ Dari sudut istilah pula, Tajwid bererti megeluarkan huruf dari tempatnya dengan memberikan hak       sifat-sifat yang dimilikinya.
➥ Ringkasnya, ilmu tajwid adalah ilmu tentang cara membaca Al-Quran dengan baik dan betul.

HUKUM BACAAN NUN MATI DAN TANWIN

 Apa Itu Nun Mati ?

JomTajwid -Hukum Nun Mati Dan Tanwin 1a new


Nun mati / nun sukun / nun sakinah adalah merujuk kepada nun yang sama iaitu nun
  • yang tidak menerima baris.
  • Ia berada di tengah dan akhir kalimah.
  • ia kekal pada sebutan dan tulisan.
  • ia kekal ketika wasal (menyambung bacaan) atau waqaf (berhenti).
Tanda nun sakinah pada al-Quran Resam Uthmani adalah
  • nun yang bertanda sukun.
  • nun tunggal yang tidak bertanda.
  • nun bertanda dengan huruf mim kecil
Apa Itu Tanwin ?


JomTajwid -Hukum Nun Mati Dan Tanwin 1c

Tanwin ialah
  • baris dua sama ada baris dua di atas (fathatain), baris dua bawah (kasratain) dan baris dua di hadapan (dhommatain).
  • nun mati yang wujud pada penghujung kata nama / akhir kalimah.
  • nun tambahan yang ada pada bacaan tetapi tidak kelihatan pada tulisan.
  • ia disebut ketika wasal (menyambung bacaan) tetapi ia tidak disebut ketika waqaf (berhenti).
Tanda tanwin pada al-Quran Resam Uthmani
  • tanwin baris dua selari
  • tanwin baris dua tidak selari
  • tanwin bersama huruf mim kecil
Oleh yang demikian, dari hukum nun mati dan tanwin inilah apabila bertemunya 28 Huruf Hijaiyah akan membentuk 4 hukum iaitu :
1. Izhar Halqi
2. Iqlab
3. Idgham
4. Ikhfa' Haqiqi

No comments:

Post a Comment

IDGHAM

Idgham dari segi:-       Bahasa: Memasukkan       Istilah :  Menggabungkan bunyi yang bertanda sukun ke dalam huruf berbaris Huruf-huru...